Menongkah arus jeram
menipis paksi geram
dalam hal yang paling dalam
dia diam.
Allah Maha Mengetahui dalam segala hal yang nyata dan sulit, yang hingar dan bingit, yang lancang dan perit.
“Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan nyaring, (sama sahaja keadaannya kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada. Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Dia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya” (Quran 67 : 13-14)